Assalamualaikum.
kuatnya aku bukan kerana aku seorang yang cekal. yang tabah. tidak sama sekali. aku lemah, mudah jatuh dan goyah dari dudukku ini. kekuatan ini dari Dia, AL-QAWI. ALLAH YG MAHA KUAT. Dia yang meminjamkanku kekuatan ini.
manusia terkadang lantang mencanang rupa bentuk seseorang buat kita lupa rupa ini dari siapa. baik rupa ini buat lidah jarang bertahmid alhamdulillah pada Dia, AL-MUSAWWIR, ALLAH YG MEMBENTUK RUPA (makhlukNya).
dosaku bertimbun, mungkin lebih banyak daripada buih di laut. diri ini tak penah jauh dari melakukan kesilapan. aku menadah tangan, sepi dalam doaku, mohon ampun dari Dia, AL-GHAFUR, ALLAH YG MAHA PENGAMPUN.
cinta itu subjektif. halus sifatnya hingga mampu membuat manusia hilang arah. aku merasai cinta manusia yang dekat denganku namun aku paling dambakan cinta dari Dia, AL-WADUD, ALLAH YG MAHA PENCINTA. oh sang Pencinta, izinkanku mencintaiMu seadanya Kau mencintaiku.
dunia kini tidak lagi selamat dihuni. manusia semakin menakutkan. ada sahaja agenda yang mereka lakukan. kemusnahan berlaku di segenap ruang inci dunia ini. aku mohon perlindungan dari Dia, AL-WALI, ALLAH YG MAHA MELINDUNGI.
hidupnya aku bukan kerana komposisi udara yang ada bahagiannya oksigen. para pemikir jelas mengatakan oksigen menghidupkan kita dan bohong kalau aku tidak terpedaya dengan pemikir itu. hidupnya aku kerana Dia, AL-MUHYI, ALLAH YG MAHA MENGHIDUPKAN. ya, aku hidup atas izinNya.
dudukku yang dipandang mulia dan dianggap besar oleh manusia bukan dari keringatku sendiri. tidakku mampu untuk memberi kemuliaan dan kebesaran pada diri. semua ini dari Dia, ZU AL-JALAL WA AL-IKRAM, ALLAH YG MAHA PEMILIK KEMULIAAN DAN KEBESARAN.
setiap manusia ada sisi gelap kelam masing-masing. aku salah seorang. yakin sahaja akan datang cahaya menerangi titik hidup kita ke arah pembaikpulih diri yang jauh lebih baik dari yang kita inginkan kerana cahaya itu dari Dia, AL-NUR. ALLAH YG MAHA MEMBERI CAHAYA. cahaya itu menerangi kegelapan.
di saat aku hilang arah, perlu hawa telinga yang sedia menadah luahan isi hatiku, aku lupa bahawa aku boleh luahkan segalanya pada Dia, AL-SAMIK, ALLAH YG MAHA MENDENGAR. dan itu jauh lebih manis kerana Dia sentiasa mendengar bisikan hatiku meski aku masih bercerita kepadaNya.
aku melakukan kesilapan dan benakku menjerit yakinkan hati bahawa tiada sesiapa akan tahu mengenai kesilapan itu kerana aku tidak menampakkannya kepada manusia lain. oh tidak, aku silap. lupa selupanya. Dia AL-SYAHID, ALLAH YG MAHA MELIHAT. aku tidak pernah sesekali dapat merahsiakan apa sahaja bentuk tingkahlakuku padaNya dan aku malu kerana menampakkan sisi burukku pada Dia yang maha melihat.
ajal aku sudah ditetapkan sejak aku dalam kandungan ibuku lagi. ajal mereka sudah ada yang datang menjemput untuk menghadap si Pencipta yang satu. aku takut, masih banyak yang perlu dibaiki, ditingkatkan dan diubah. kematian itu adalan ketetapan dari Dia, AL-MUMIT. ALLAH YG MAHA MEMATIKAN. aku mohon keberkatan umur panjang untuk beribadat kepadaMu.
oh ALLAH, AR-RAHMAN AR-RAHIM. hidupku atas izinMu. nikmatku atas kurniaanMu. kasih sayang ini dariMu. tetapkan aku di jalanMu. bimbing aku ke jalanMu. jadikan aku hambaMu yang terbaik dunia akhirat. aamiin.
99 nama Allah. asma al husna. sungguh tinggi zatMu wahai sang Pencinta. alhamdulillah atas segalanya. ampuni daku, kedua ibu bapaku dan sekalian hambaMu baik yang masih bernafas mahupun yang telah menghadapMu.
terima kasih ustazah, kalau tidak kerana paksaanmu, mana mungkin asma al husna melekat meniti di bibir ini. oh ya, aku disuruh hafal asma al-husna sewaktu aku berpindah ke sekolah ini. ye, aku pelajar baru di sekolah itu. jalan itik mengelilingi satu bangunan setingkatan kami merupakan hukumannya :)
# allahhuma solli a'la sayidina muhammad wa a'la ali sayidina muhammad #