Friday 9 November 2012

Bidadari #2 : kau yang mempesona

Olla. Assalamualaikum :)

setelah kepenatan memenuhkan memori dgn fakta2 utk exam yg lalu, sekarang tiba masanya untuk berehat seketika *ceyh. otak manusia a.k.a pelajar amat menakjubkan. segala nota2 pembelajaran yg sudah dipelajari dapat dihafal pada satu malam. atau beberapa jam sebelum exam. Subhanallah! dan saya salah seorang  . hee. sudah cukup sudah. 

entry kali nie. lanjutan drpd entry yg lalu. Bidadari #2 : kau yang mempesona.  sungguh. wanita-wanita di luar sana mempunyai kelebihan diri masing2 yang menyerlahkan ke'pesonaan' mereka. dan sungguh. Islam begitu menitikberatkan keperibadian dan darjat wanita Islam. muslimah lebih tepat. definisi muslimah mempesona sudah ditakrifkan utk entry yg lalu. yg mane? yg nie :)
" Para lelaki lebih sukar utk menahan pandangan mereka kepada wanita yg bertudung longgar berbanding yg sebaliknya. Wanita yg menutup aurat itu lebih menarik dan mempesona pada semua lelaki normal walaupun lelaki itu berkelakuan buruk " petikan kata2 editor Dan Kau Semakin Mempesona

kata-kata itu sungguh bermakna. wanita yg bertudung dan berpakaian longgar. Allah menjadikan lelaki2 yg suka membuat onar putus harapan kepada muslimah sedemikian, yg melabuhkan pakaian bagi melindungi diri dan menutup aurat. semasa Allah menjanjikan perlindungan, Dia juga maha melindungi. Subhanallah! tingginya darjat seorang muslimah di sisi agamanya. ayat 30 surah An-Nur menjelaskan, Allah menjadikan mereka, muslimah sedemikian sebagai penguat iman kepada lelaki2 yg mengerti bahawa mereka itu dilindungi dan terlindung.
" Wahai nabi, suruh isterimu, anak perempuanmu serta wanita-wanita yang beriman agar melabuhkan pakaian mereka bagi menutup seluruh tubuhnya. Yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali maka mereka tidak akan diganggu" al-ahzab : 59


kan indah kalau semua muslimah berpakaian seperti di atas? :) Allah menurunkan pakaian kepada kita. bagi menutup aurat dan memperindah penampilan diri. namun pakaian takwa adalah pakaian yg terbaik.pakaian takwa? apakah?  pakaian takwa bermaksud persiapan dan persediaan supaya segera mentaati perintah Allah dan menjuahi laranganNya. bersegeralah kita! apabila ada panggilan sayang dari Allah utk melakukan kebaikan, beradalah di barisan hadapan. jangan berada di barisan belakang. kelak diri akan tertinggal. 
" Wahai anak Adam, Kami sudah menurunkan kepada kamu pakaian yang menutup aurat dan perhiasan, dan pakaian takwa adalah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah tanda-tanda (kurnia) Allah supaya mereka beringat " al-a'raf : 26
sekarang. terpulang pada diri sama ada kita percaya bahawa diri kita mampu melakukan perubahan atau tidak. mampu untuk berdepan dengan keadaan yg memungkinkan diri terasing. mampu utk menerima pandangan sekeliling. sesungguhnya, Allaah menyukai amal-amal yg kecil namun berterusan. beristiqamah. moga Allah permudahkan urusan diri ini dan kamu semua :)